Monday, May 19, 2008

SELAMAT DATANG


SELAMAT DATANG KE SK METHODIST MALIM NAWAR PERAK

ALBUM

Sekitar SKMMNP

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1950 oleh Pertubuhan Gereja Methodist dan orang ramai. Bangunan ini merupakan bangunan kayu sementara yang terletak di Indian Kem Malim Nawar sekarang dengan nama ' Sekolah Inggeris Methodist Malim Nawar'.

Sekolah ini mula ditadbirkan oleh En. V. D. uppusamy sebagai Guru Besar hingga tahun 1961. Kemudian jewatan Guru Besar telah dipangku oleh En. Lai Kam Hong dan En. Seenisamy hingga tahun1965.

Pada awal tahun 1965, bangunan sekolah ini telah dipindahkan ke tapak sekarang iaitu kewasan sekolah yang kekal. Pada masa itu sekolah ini dikelolakan oleh En. Fang Ung Mig iaitu Guru Besar A. C. S. Kampar.

Pada masa itu hanya terdapat 3 buah bilik darjah sahaja iaitu darjah 1, 2 dan 3 dengan jumlah murid seramai 150 orang dan 4 orang tenaga pengajar. Segala kos pentadbiran dan rancangan pembesaran sekolah adalah bergantung kepada sumbangan derma orang ramai dan pihak swasta pada masa itu (syarikat-syarikat perlombongan).

Pada 14 Julai 1966, Lembaga Pengurus Sekolah dengan persetujuan 'Kementerian Pelajaran Malaysia' telah melantik En. Thian Bee sebagai Guru Besar sekolah ini. Pada masa pentadbiran beliau, beberapa perubahan telah dibuat. Diantaranya ialah :-

i. 5 bilik darjah lagi ditambah
ii. darjah ditambah hingg darjah 6
iii. sebuah pejabat dan bilik Guru Besar
iv. sebuah kantin
v. tandas murid
vi. tandas guru
vii. 2 buah gelanggang badminton
viii. sebuah padang bola
ix. bangsal basikal murid
x. pagar dawai disekeliling kawasan sekolah
xi. kawasan sekolah diprindahkan dengan menanam pokok rendang dan pokok bunga.

Terdapat 2 sessi persekolahan iaitu pagi dan petang kerana pertambahan murid. Murid telah bertambah sehingga 750 orang.

Pada tahun 1975, nama sekolah bertukar kepada 'SRK METHODIST MALIM NAWAR' dengan dasar SRK. Bantuan Modal. En Saw Thian Bee bertugas di sekolah ini sehingga 15 Januari 1983. Tempat beliau telah diambilalih oleh En. Ho Kum Foo sehingga 5 Januari 1987.

Mulai Mei 1983. iaitu semasa pentadbiran En.Ho Kum Foo, sessi persekolahan telah ditukarkan kepada satu sessi sahaja. Ini sejajar dengan pertambahan bilik darjah menjadi 12 buah bilik darjah dan kemerosotan bilangan murid. Kemerosotan bilangan murid ini berlaku akibat:-

i. banyaknya syarikat perlombongan ditutup
ii. pengambilalihan Perak Hydero oleh kerajaan. Kesannya bilangan pekerja telah
dikurangkan atau ditukarkan ke tempat lain.

En.G. Samarasan pula telah bertugas sebagai Guru Basar di sekolah ini mulai 6 Januari 1987 sehingga 15 Mei 1989. Selepas itu, tempat belliau digantikan oleh En. Ng Thye Chong mulai
16 Mei 1989 sehingga 31 Disember 1993.

Pada 1 Januari 1994, Guru Besar telah diambilalih oleh En. Hanif @ Hanif b. Arahad sekarang. Beliau adalh Guru Besar Melayu pertama bertugas di sekolah ini.